Berat, ya? Mari bawa segala yang terbuku dalam hati kepada Allah, Yang Maha Mendengar.

Doa ketika dalam kesusahan

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Rumi La ilaha illallahul 'Azimul Halim, la ilaha illallahu Rabbul 'Arsyil 'Azim, la ilaha illallahu Rabbus samawati wa Rabbul ardhi wa Rabbul 'Arsyil Karim.

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan 'Arasy yang agung. Tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi dan Tuhan 'Arasy yang mulia.

Riwayat al-Bukhari (6346) Ma'thur · Sahih

Doa Nabi Musa ketika susah

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Rumi Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir.

Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan apa jua kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.

Surah al-Qasas (28:24) Ma'thur · Ayat al-Quran

Doa Nabi Yunus

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Rumi La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.

Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim.

Surah al-Anbiya' (21:87) Ma'thur · Ayat al-Quran

Doa memohon kesembuhan dan rahmat Allah

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Rumi Anni massaniyad-durru wa anta arhamur-rahimin.

Sesungguhnya aku telah ditimpa kesusahan, dan Engkaulah Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Surah al-Anbiya' (21:83, petikan) Ma'thur · Ayat al-Quran

Jadikan al-Quran penyejuk hatiku

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي

Rumi Allahumma inni 'abduka, wabnu 'abdika, wabnu amatika, nasiyati biyadik, madhin fiyya hukmuk, 'adlun fiyya qadha'uk, as'aluka bikulli ismin huwa lak, sammaita bihi nafsak, au anzaltahu fi kitabik, au 'allamtahu ahadan min khalqik, awista'tharta bihi fi 'ilmil ghaibi 'indak, an taj'alal Qur'ana rabi'a qalbi, wa nura sadri, wa jala'a huzni, wa zahaba hammi.

Ya Allah, aku hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu lelaki dan hamba-Mu perempuan. Ubun-ubunku di tangan-Mu, ketetapan-Mu berlaku ke atasku, dan adil keputusan-Mu terhadapku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan kepada sesiapa daripada makhluk-Mu, atau Engkau simpan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran penyejuk hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesedihanku dan penghilang kerisauanku.

Riwayat Ahmad (3712) Ma'thur · Sahih

Dinilai oleh al-Albani

← Leret atau tekan “Seterusnya” →